Garmin Lancar Forerunner 245 Music Edisi Jepun Di Malaysia Berharga RM1799

Garmin hari ini secara rasmi telah melancarkan Forerunner 245 Music Edisi Jepun di Malaysia. Hanya terhad kepada 100 unit, Forerunner 245 Music Edisi Jepun hadir dengan nombor siri eksklusif yang diukir di bahagian belakang kerangka.



Edisi ini didatangkan dengan butang logam berwarna emas, tali berwarna merah dan putih serta tema paparan jam yang digabungkan dengan Mount Fuji dan cakera matahari bendera Jepun.

Forerunner 245 Music Edisi Jepun hadir dengan pelbagai fungsi termasuk ciri keselamatan dan penjejakan (GPS), rancangan latihan yang dapat disesuaikan dari Garmin Coach serta inovasi pemantauan prestasi dan sains kesihatan termasuk pengukuran fisiologi, dinamik berjalan dan kesejahteraan dengan fungsi seperti kadar denyutan jantung, pemantauan tidur dan ketepuan oksigen darah.

Forerunner 245 Music

Berdasarkan siri Forerunner yang merupakan jam sukan, edisi baru ini menyediakan analisis saintifik untuk pemakai melalui analisis data dinamik dan memantau keadaan kesihatan pelari untuk meningkatkan hasil latihan.

Garmin Forerunner 245 Music Edisi Jepun telah dilancarkan bermula hari ini dengan harga RM1799. Terhad kepada 100 unit, jam pintar ini tersedia di HQ Garmin dan kedai jualan Garmin di:

  1. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

  2. Digital Mall, Petaling Jaya

  3. 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya

  4. Jalan Lagenda, Melaka 

  5. Queensbay, Penang

  6. Juru Autocity, Penang 

  7. Bukit Indah, Johor

  8. Mid Valley Southkey, Johor

  9. Kuantan East Coast Mall, Pahang

  10. Kuching Vivacity Megamall, Sarawak (GARMIN Premium Reseller)


Anda juga boleh mendapatkan barangan Garmin dari Lazada (https://invol.co/cloku3) atau Shopee (https://invol.co/cloku0)