Garmin Kembali Dengan Kamera Aksi Versi Baru The Virb Ultra 30





Garmin kini datang dengan versi baru kameri aksi Vrib mereka. Ia dinamakan The Virb Ultra 30 dan mengandungi beberapa ciri luar biasa seperti penstabilan imej optik 3-axis, kawalan suara dan keupayaan untuk strim secara langsung.



Dan sudah semestinya ianya memiliki keupayaan merakam video dalam 4K UHD. Ianya boleh di miliki bermula hari ini di laman web Garmin. Selain daripada itu, Virb Ultra 30 ini juga datang dengan GPS dan sensor sensor lain. Berbanding kamera aksi yang lain, Garmin menambah keuppayaan untuk menangkap dan memberi data seperti kelajuan dan ketinggian.



Walaupun Garmin bukanlah nama besar dalam industri kamera, namun selepas versi pertama The Virb yang dikeluarkan tahun lepas, ianya di beri pujian oleh orang ramai dan menjadi subjek perbandingan dengan saingan mereka iaitu GoPro dan Sony. GoPro pula belum lagi datang dengan peranti baru dengan penambahbaikkan semenjak 2014 dan Sony 4K pula agak menghampakan.