Garmin Fēnix 6X Pro Solar, Berbaloi Tapi Bukan Untuk Semua

Jika anda merupakan seseorang yang menggemari aktiviti lasak, anda mungkin tidak asing lagi mengenai Garmin. Garmin merupakan syarikat teknologi yang menghasilkan penjejak kecerdasan dan jam tangan sukan, yang bertujuan untuk aktiviti seperti berlari, sukan air, golf, berbasikal, berenang dan mendaki dengan sensor seperti denyutan nadi dan GPS.

Baru-baru ini, kami berpeluang mencuba unit ulasan Garmin Fēnix 6X edisi Pro Solar Titanium Carbon Gray DLC. Oleh itu, ikuti bingkisan di bawah ini untuk mengetahui reaksi awal mengenai Fēnix 6X.

Buka Kotak


Seusai kotak dibuka, anda akan dihidangkan dengan beberapa kandungan di dalam kotak. Antaranya:



  • 1x Fēnix 6X

  • 1x Kabel pengecasan/data

  • 3x Pelekat

  • 1x Buku manual pengguna


Rekaan




Melihat pada rekaan, ia bukanlah jam pintar yang sesuai dipakai untuk sesiapa sahaja terutamanya wanita. Saiznya agak besar dan berat. Dalam erti kata lain, ia lebih sesuai dipakai oleh lelaki, namun bukanlah pula suatu masalah jika ada wanita yang memakainya.

Rekaan pada bahagian skrin utama dimuatkan dengan indikator solar, masa, tarikh, hari dan sebagainya.

Fēnix 6X didatangkan dengan 5 butang di bahagian kiri dan kanan. Jika anda tertanya mengapa ia dilengkapi dengan butang yang banyak berbanding fungsi sentuhan skrin, anda perlu tahu Fēnix 6X dihasilkan untuk kegunaan aktiviti lasak.

Selain untuk mengelakkan sentuhan yang terlalu sensitif pada skrin, ia juga lebih mudah untuk menetapkan sesuatu pada jam ketika aktiviti lasak dilakukan.



Di bahagian sisi kiri Fēnix 6X dimuatkan dengan tiga butang iaitu butang light, up/menu dan down. Jika ditekan lama, butang light berfungsi sebagai kawalan menu, butang up/menu sebagai tetapan, sementara butang down adalah mainkan muzik.



Di sisi kanan pula kelihatan dua butang yang berfungsi sebagai enter dan back.

ulasan Fenix 6x

Beralih ke bahagian belakang, ia muatkan dengan sensor dan port pengecasan yang menggunakan kabel data.

ulasan Fenix 6x

Unit yang diberikan kepada kami didatangkan dengan tali jam silikon QuickFit 26 berwarna hitam berukuran 127-210 mm. Tali jam pintar ini boleh ditanggal dan dimasukkan kembali dengan mudah tanpa perlu menggunakan sebarang peralatan khusus.

Spesifikasi




Menyentuh spesifikasi, Fēnix 6X didatangkan dengan saiz fizikal yang agak besar dan tebal dengan ukuran 51 x 51 x 14.9 mm. Saiz paparan skrin adalah 1.4 inci dengan resolusi 280 x 280p. Ia mempunyai berat 82 gram dengan berat kerangka adalah 54g.



Skrin paparan jam pintar ini diperbuat dari binaan power glass, manakala bezel pula dihasilkan daripada Diamond-Like Carbon (DLC) yang disaluti titanium. Dengan bahan binaan yang digunakan, ia kelihatan premium seperti harganya.

Dari segi ruang simpanan, Fēnix 6X dimuatkan dengan 32GB yang juga boleh memuatkan sehingga 2,000 lagu. Ia mempunyai keserasian sambungan dengan peranti Android dan juga iOS. Dari segi ketahanan, ia hadir dengan penarafan kalis air 10ATM.



Beralih ke bahagian fungsi, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang sempurna bagi sebuah jam pintar berasaskan sukan. Antaranya termasuk teknologi PacePro, peta TOPO dan Ski, ClimbPro, Sports, Golf, Safety & Tracking, mod Expedition dan sebagainya.

Terdapat sensor GPS, GLONASS, GALILEO, Gyroscope, Pulse OX, kompas dan sebagainya. Ia mempunyai sambungan Bluetooth, ANT+ dan Wi-Fi.



Pengecasan Fēnix 6X menggunakan kabel data dan juga solar. Terdapat gegelung (coil) setebal 1mm di sekeliling skrin yang mampu menyerap 100% cahaya matahari.

Menurut Garmin, Fēnix 6X mempunyai jangka hayat bateri sehingga 21 hari bagi penggunaan sepanjang hari dengan 3 jam bagi aktiviti luar dalam pencahayaan 50,000 lux. Dengan penggunaan mod Battery Saver, jam pintar ini boleh bertahan sehingga 64 hari.

Kesimpulan


ulasan Fenix 6x

Jika anda mempunyai wang yang mencukupi, tidak cukup untuk mengatakannya adalah berbaloi untuk dibeli pada harga RM4,699. Namun, ia merupakan satu pelaburan yang bijak jika anda merupakan seorang yang menggemari aktiviti lasak. Ini kerana, ia menawarkan segala fungsi yang perlu ada bagi sebuah jam tangan sukan untuk kegunaan yang lebih advance.

Untuk ulasan lebih lanjut mengenai Garmin Fēnix 6X, nantikan ulasan penuh tidak lama lagi.