Garmin Akan Datang Dengan Fenix Chronos Untuk Peminat Jam Pintar Mewah









Garmin akan melancarkan tiga jam pintar yang memiliki ruka bentuk yang lebih bergaya berbanding rekaan jam pintar yang berada di pasaran ketika ini yang kelihatan terlalu 'plastik' dan seperti 'kanak kanak'. Garmin pula mahu menarik minat peminat jam yang lebih gemar dengan rekaan yang asli dan mewah. Sesuai dipakai oleh pengguna yang berkerja di pejabat dan seiring dengannya.



Jam Pintar Garmin, Fenix Chronos ini memiliki ciri tracking activity dan fitness. Jam pintar yang diperbuat daripada titanium ini berharga lebih kurang RM 6000. Garmin sendiri mengeluarkan kenyataan ketiga tiga model ini mempunyai servis tracking yang luar biasa yang tidak dapat ditandingi oleh kebanyakkan jam pintar ketika ini.



Fenix Chronos memiliki altimeter, barometer, kompas, dan sistem navigasi yang dapat membantu anda menjejaki tempat anda bermula ketika anda sedang sesat. Garmin juga mencipta perisian khas untuk atlit sukan seperti Golf, Berbasikal, Renang dan sebagainya.



Ketiga tiga versi ini mempunyai sifat tahan lama dan tahan calar dengan lensa sapphire berukuran 1.2 inci dan memiliki paparan Chroma dan cahaya LED. Selain daripada itu, jam pintar ini mempunyai ketahanan air sedalam 100 meter (10 atm). Ianya juga mampu bertahan selama 13 jam. Jika anda membuka mod penjimatan baterinya, ianya dapat bertahan selama 25 jam.