Garena Lancarkan Speed Drifters, Muat Turun Sekarang Dari Google PlayStore

Garena hari ini telah melancarkan satu aplikasi permainan baru dikenali sebagai Speed Drifters.

Speed Drifters merupakan permainan lumba kerta yang menawarkan 4 mod iaitu Solo Speed, Team Speed, Solo Items dan Team Items.



Kelainan yang dibawakan aplikasi ini adalah ia diintegrasikan dengan pemain muzik didalam permainan serta beberapa ciri sosial lain seperti penstriman secara langsung, perkahwinan, kelab dan ruang sosial yang akan diperkenalkan secara berperingkat.



Diperkenalkan di China sejak 2017 lalu dengan nama QQ Speed, ia diangkat sebagai salah satu permainan drift terbaik dalam peranti mudah alih dan berada di tangga pertama bagi kategori permainan percuma di China dan global.



Muat turun Garena Speed Drifters dari Google PlayStore