Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo1657267741 (1)

Garena Blockman GO Rasmi 12 Julai Ini, ‘Sandbox Game’ Umpama Roblox

Diterbitkan Julai 8, 2022 · Dikemas kini Julai 8, 2022 oleh Firdaus

Garena akan melancarkan sebuah permainan mudah alih creation sandbox baharu, Blockman GO pada 12 Julai ini. Blockman GO memberi anda peluang untuk meneroka sebuah platform gaming yang menawarkan pelbagai mini game yang menarik.

Selain game, anda juga boleh menyertai beberapa acara yang dilancarkan dalam Blockman GO tersebut.

Blockman Creator Contest

Tambahan lagi, Garena juga melancarkan Blockman Editor, iaitu platform untuk membina game anda sendiri mengikut kreativiti anda. Hal ini demikian, Blockman Editor menyediakan akses kreatif yang mudah dan senang untuk pengguna membangunkan game mereka sendiri.

Blockman Editor bertujuan untuk membantu pencipta ekosistem Blockman GO mendapatkan peluang supaya game binaan mereka diterbit dan dipromosikan dalam Blockman GO ini.

BMG Music Fest

Untuk peminat dan pemain di Malaysia, Singapura dan Filipina, Garena menyediakan acara eksklusif BMG Music Fest  di mana anda boleh menerima kostum terbaru daripada 8 hingga 15 Julai.

Bagi yang ternanti-nanti, permainan ini bakal tersedia buat peranti iOS dan Android. Sementara Garena Blockman Editor boleh diakses menerusi laman rasminya.

Sumber: Siaran Akhbar Garena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY