[Gaming Test] PUBG Mobile & Call Of Duty Mobile Pada Vivo V17 Pro, Ketahanan Bateri Dan Prestasi Keseluruhan

Vivo V17 Pro hadir ke pasaran sebagai satu lagi barisan peranti Vivo yang mengetengahkan reka bentuk moden dan stylish. Dengan memperagakan tetapan 6 kamera, peranti ini sudah semestinya memfokuskan kepada keupayaan fotografi.

Namun, apabila Vivo terpilih untuk menjadi penaja pertandingan PMCO 2019 Fall Split yang sedang berlangsung ketika ini, membuatkan pihak Wiser.my tertanya-tanya bagaimana pengalaman gaming menggunakan Vivo V17 Pro ini.



Atas rasa tanggungjawab, saya telah mengerah tenaga batin peranti 'cantik' ini sehingga lunyai, dari bateri 0-100% bermain PUBG Mobile dan Call Of Duty Mobile.

Pertama sekali kita perlu lihat spesifikasi yang ditawarkan. Dengan bateri 4,100mAh dan RAM 8GB, kami tidak risaukan tentang daya tahan peranti ini untuk kekal beroperasi dengan baik pada jangka masa yang panjang.

Apa yang menjadi kerisauan kami adalah kemampuan peranti ini untuk memproses grafik dengan baik. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 675 IE, meletakkannya di dalam barisan kelas pertengahan.

Sepertimana yang telah diketahui, Snapdragon 675 membawakan binaan grafik Adreno 612, jauh lebih baik dari Snapdragon 660 sebelumnya dan hanya setakuk rendah darjat berbanding Snapdragon 710.

PUBG Mobile


Saya dapat meletakkan tetapan (maksimum) grafik HD pada frame rate HIGH. Sebelum bermain saya mendapati suhu berada pada sekitar 33-35°C.

Dengan skrin Super AMOLED 6.44 inci saya sangat berpuas hati dengan paparan yang dihidangkan. Warna yang menonjol dengan dynamic range yang luas memberikan pengalaman bermain lebih enak dan lazat.



Dalam mode EvoGround saya tidak menghadapi masalah penurunan frame rate yang ketara. Saya mendapat 25-30fps secara konsisten dalam keseluruhan permainan. Ada beberapa kali tersengguk sehingga bacaan 22fps namun ia hanya bersifat sementara.



Namun saya dapati terdapat frame drop diawal permainan dan apabila saya dihidupkan semula iaitu pada 29fps, yang tidak memberikan kesan ketara ketika bermain.



Untuk mode Classic Battle Royal, saya mendapati terdapat penurunan frame rate pada awal permainan ketika saya berada di udara dan ketika saya mendarat iaitu pada sekitar 28-25fps. Ini mungkin kerana cip ini sedang mengerah tenaga untuk loading peta.

Namun selepas sahaja mendarat, peranti ini kembali konsisten pada 30fps pada keseluruhan permainan.

Dari 0-100% saya dapat bermain PUBG Mobile sekitar 4 jam 38 minit dan mendapati suhu berada pada 38-41°C. Secara fizikal ia tidak mengganggu ketika dalam permainan, hanya suam-suam kuku sahaja.

Call Of Duty Mobile


Pengalaman bermain COD Mobile pula berlainan berbanding PUBG Mobile. Ini kerana permainan ini lebih ringan walaupun mengetengahkan grafik yang sangat baik.



Melalui peranti ini saya dapat menetapkan grafik dan frame rate paling tinggi (Very HIGH) dan mendapat bacaan purata frame rate 45-50fps.

Bacaan frame rate paling rendah yang dicatatkan adalah 40fps namun sejujurnya saya tidak perasan langsung lag ketika bermain.



Untuk Call of Duty Mobile pula saya dapat memainkan selama 4 jam 50 minit. Teknologi yang digelar Vivo Multi Turbo mengoptimumkan setiap permainan yang dijalankan.

Yang menariknya, terdapat juga ciri yang dipanggil Game Center dimana anda boleh melihat semula data sepanjang anda bermain seperti informasi CPU, tahap kepanasan telefon dan sebagainya.



Melalui FunTouch OS 9.1 seperti sebelum ini, anda ditawarkan dengan ciri digelar Ultra Game Mode dimana anda dapat mengawal kemasukan notifikasi seperti mesej dan panggilan ketika bermain.



Terdapat juga ciri yang dipanggil Voice Changer dimana anda dapat mengubah suara ketika bermain atau strim supaya anda dapat menyorok identiti ketika bermain.

Sebagai rangkuman, Vivo V17 Pro hadir dengan binaan 6 kamera, 4 kamera utama dibelakang mempertaruhkan gabungan lensa 48MP, 8MP sudut super lebar, 2MP bokeh dan 2MP super makro manakala 2 kamera swafoto didepan dengan rekaan pop-up, 32MP (f/2.0), lensa super lebar 8MP (f/2.2).

Anda sudah boleh mendapatkan Vivo V17 Pro dimana-mana kedai Vivo yang berhampiran atau melalui pembelian secara atas talian di Shopee atau Lazada.