Ini Laptop Terbaik Untuk Gaming

 

Masih ramai yang berkira-kira sama ada mahu build PC atau membeli sebuah komputer riba gaming.

Buat masa sekarang, sebenarnya memiliki sebuah komputer riba gaming adalah jalan terbaik kerana ia mempunyai pakej lengkap yang diidamkan para gamer di luar sana. Ada paparan, papan kekunci RGB, pembesar suara serta spesifikasi yang baik.

Oleh itu, HP Pavilion Gaming 15 telah dikemaskini dengan perkakas baharu seiring dengan peredaran semasa. Bahkan, ia memenuhi keperluan gaming dan multi-tugasan seharian anda.

Cukup Berkuasa Main Game Terkini




HP Pavilion Gaming 15 merupakan sebuah komputer riba gaming mampu milik daripada HP. Kali ini komputer riba tersebut menampilkan kad grafik terbaharu NVIDIA, iaitu NVIDIA® GeForce RTX™ 3050.

Melalui kad grafik sebegitu, dengan mudah anda dapat memainkan permainan dengan grafik serta kadar bingkai (frame rates) yang tinggi. Bukan itu sahaja, dengan prestasi mantap dari NVIDIA GeForce RTX 3050, komputer riba ini juga boleh main game VR dengan petik jari sahaja kerana ada sokongan HP VR dan platform VR yang lain.



Jadi, anda tidak lagi perlu khuatir apabila mahu memainkan permainan terkini seperti Cyberpunk 2077, Fortnite, Doom Eternal, Red Dead Redemption II, Rainbow Six Siege dan banyak lagi.

Bagi memberikan prestasi yang seimbang dengan kad grafik itu, komputer riba ini juga dilengkapi cip pemproses Intel® Core™ i7 Gen-11 atau AMD Ryzen™ 5 siri 5000 yang membolehkan anda tidak pening kepala apabila bermain game, lakukan multitasking atau strim berkualiti tinggi.

Selain itu, turut dipadankan memori sehingga dua 8GB RAM yang bergabung menjadi 16GB, storan dalaman PCIe SSD dan tambahan lagi dua slot storan sama ada mahu PCIe SSD atau HDD. Di samping itu, ia juga dimuatkan teknologi terbaharu WiFi 6 buat varian Intel atau AMD bagi menawarkan internet berkelajuan tinggi ketika bermain.

Siri RTX Generasi Kedua Dengan Teknologi Lebih Baik




Seperti yang diketahui, kad grafik NVIDIA memang diminati ramai. Malah, dengan penawaran generasi kedua ini membuat lebih menarik perhatian kepada gamers di luar sana.

Kenapa? Sebabnya NVIDIA GeForce RTX 3050 dilengkapi NVIDIA Ampere architecture baharu yang menampilkan Teras Ray Tracing generasi kedua dan Teras Tensor generasi ketiga. NVIDIA Ampere architecture ini adalah asas buat kad grafik terpantas dan cekap buat gamers.

Dalam pada itu, siri GeForce RTX™ juga diidamkan kerana Ray Tracing dan NVIDIA DLSS. Ray Tracing adalah teknologi yang mampu memberikan pencahayaan masa nyata (real-time) dimana pemain dapat menikmati keindahan grafik realistik pada permainan yang dimainkan.

Untuk NVIDIA DLSS pula, NVIDIA menggunakan AI rendering bagi menghasilkan grafik yang cantik tetapi pada masa sama tidak mengorbankan kadar bingkai (frame rates) anda.

Laptop Nipis, Mudah Bermain Di Mana-Mana 




Didatangkan skrin berukuran 15.6 inci, paparan yang besar tidak menghalang ia hanya seberat sekitar 2.23kg dengan ketebalan 23.4mm dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Mengapa laptop gaming ini sedap untuk bermain game bukan kerana kad grafik semata-mata tetapi paparan beresolusi 1080p FHD dan sokongan kadar segar semula 144Hz adalah sweet spot untuk bermain game. Malah, bezel yang nipis juga memberikan kepuasan ketika melihatnya.



Nipis tetapi jangan khuatir dengan rasa panas. Ini kerana ia mempunyai sistem dwi-kipas bersama-sama enhanced thermal solution yang membantu pengaliran udara bagi mengekalkan suhu optimum semasa bermain.



Selain itu, HP Audio Boost juga mempertingkatkan lagi kualiti bunyi dan ditambah dengan dwi-pembesar suara daripada B&O. Tambahan lagi, nak bermain game dalam kurang cahaya pun tiada masalah kerana papan kekuncinya mempunyai warna accent LED yang tampak ciri gaming dengan Acid Green.



Melengkapkan kepuasan bermain anda, OMEN Command Center memberikan kebebasan anda untuk memantau suhu GPU atau CPU, kelajuan internet, internet booster dan banyak lagi.

Lain daripada itu, HP tidak mengabaikan port pada laptop nipis ini kerana terdapatnya bicu audio 3.5mm mikrofon+audio, SuperSpeed USB-C, LAN, HDMI 2.0, USB-A 2.0, SuperSpeed USB-A dan pembaca kad media.

Cukup Sesuai Siapa Yang Tengah Cari Laptop


Sekiranya anda masih tercari-cari komputer riba apa yang sesuai dimana tidak terlalu nampak gaming tapi seimbang untuk bermain game dan mencipta kandungan, HP Pavilion Gaming 15 ini adalah terbaik untuk anda.

Pavilion Gaming 15 dengan NVIDIA GeForce RTX 3050 dan AMD Ryzen 5 siri 5000 dijual dengan harga RM3899 dan mempunyai jaminan 2 tahun daripada HP. Untuk maklumat lebih lanjut tentang laptop tersebut, tekan pautan ini. 

**Artikel Ini Dibawakan Oleh HP dan NVIDIA

© 2021 NVIDIA, the NVIDIA logo, GeForce RTX, NVIDIA Ampere architecture, and NVIDIA DLSS are trademarks and/or registered trademarks of NVIDIA Corporation in the U.S. and other countries.