Game Pac-man Bergenre Battle Royale

Permainan klasik dan ikonik Pac-man oleh Nintendo mempunyai ramai peminat tidak kira usia kerana cara permainan yang mudah dan bersahaja. Semalam, Nintendo lancar permainan terbaru Pac-man 99 bergenre Battle Royale untuk Nintendo Switch.

Seperti sedia maklum, permainan Battle Royale lain memerlukan pemain untuk bertahan sehingga menjadi pemenang tunggal didalam peta yang sama. Untuk Pac-man 99, pemain perlu menjadi Pac-man yang terakhir diantara 99 Pac-man lain dengan bermain didalam maze Pac-man masing-masing.

https://twitter.com/i/status/1379602342744571906

Selain itu, Pac-man 99 juga mempunyai ciri seperti permainanan Tetris 99 dan Super Mario 35 yang mempunyai sistem power up. Sistem ini boleh memberi keupayaan kepada Pac-man untuk menyerang atau bertahan dari pemain Pac-man lain.

Ini bukanlah permainan Pac-man bergenre Battle Royale yang pertama oleh Nintendo. Pada tahun 2011, terdapat sebuah permainan bertajuk 'Pac-man Battle Royale' didalam siri ke-17 permainan arked Pac-man.

Permainan Pac-man 99 ini boleh didapati di Nintendo eShop dan boleh didapati secara percuma kepada ahli eksklusif Nintendo Online.

Sumber: digitaltrends