Gambaran Lebih Jelas Reka Bentuk Vivo V15 Pro

Mewarisi sistem kamera swafoto keluar masuk seperti Vivo Nex, peranti dikenali sebagai Vivo V15 Pro ini bakal menerjah pasaran tempatan tidak lama lagi.

Ini berdasarkan video yang dikongsi oleh Vivo Malaysia pada laman Facebook mereka tempoh hari.

Video hanya memperlihatkan rekaan panel hadapan sahaja dan kali ini, satu imej rekaan sebenar mula berlegar di internet.



Jika Vivo Nex menggunakan lensa 8MP untuk kamera swafoto, model baru ini pula bakal dilengkapi dengan lensa 32MP.

Sistem kamera belakang pula adalah dari gabungan lensa 48MP, 8MP dan juga lensa ToF.

Khabarnya, ia akan dilancarkan ke pasaran India terlebih dahulu pada 20 Februari depan bersama-sama sebuah lagi model, Vivo V15.

Sumber: Sparrow News