Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Gambaran Awal Rekaan Huawei Nova 5, Mungkin Menggunakan Sensor Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Posted on Mei 13, 2019Mei 13, 2019

Terbaru, beberapa imej yang dikatakan sebagai sarung pelindung kepada Huawei Nova 5 mula berlegar diinternet. Turut mengiringi adalah imej render yang memberi kita gambaran awal rekaan peranti berkenaan.

Berdasarkan imej-imej terbabit, ada yang berpendapat ia kelihatan seperti Huawei P30 kecuali pada kedudukan flash yang berada ditepi barisan lensa. Panel belakang juga tidak kelihatan sensor imbasan cap jari dimana, ia berkemungkinan menggunakan imbasan biometrik itu pada bahagian paparan skrin.

Setakat ini, Huawei Nova 5 dikhabarkan akan membawa sokongan pengecasan pantas 40W, tri-kamera belakang dengan salah satunya adalah sensor 3D ToF. Berkenaan cip pemprosesan, terdapat spekulasi menyatakan ia akan dikuasakan dengan Snapdragon siri 600 dan ada juga desas-desus penggunaan Kirin 980.

Walau apapun, informasi ini masih diperingkat awal dan kesahihannya belum dapat dipastikan lagi. Untuk itu, sama-sama kita nantik pengumuman dari Huawei nanti.

Sumber: Weibo via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress