Gambaran Awal Panel Belakang Xiaomi Mi 6X

Dapat dilihat penghujung 2017 dirasakan lebih meriah dengan tiupan-tiupan khabar angin mengenai peranti yang bakal dipasarkan pada 2018.

Salah satu daripadanya adalah mengenai imej panel belakang Xiaomi Mi 6X yang telah tertiris ini. Dikatakan kehadiran Mi 6X adalah sebagai pengganti kepada model terdahulu iaitu Mi 6 dan ia membawakan sedikit perubahan pada kedudukan lensa kamera.



Imej yang tertiris ini memperlihatkan kedudukan dwi kamera diletakkan secara menegak pada penjuru atas sebelah kiri dan ditengahnya pula adalah bahagian pengimbas cap jari.

Ia membayangkan bahawa peranti berkenaan mungkin memperagakan rekaan skrin paparan dengan bingkai nipis. Xiaomi diramal mempertontonkan peranti ini pada pertengahan tahun hadapan.

Sumber: Weibo