Gambar Xiomi Redmi 4 dan Mi Note 2 Tersebar Menjelang Pelancarannya








Xiomi Redmi 4 dan Mi Note 2 dijangka akan keluar pada bulan Septermber depan. Walaubagaimanapun, gambar kedua telefon pintar itu tertiris di internet sebelum pelancarannya.



Seperti yang anda lihat di dalam gambar, ianya mempunyai ciri ciri unibodies, sensor jari dan juga beberapa spesifikasi yang lain. Gambar ini tertiris di laman web Weibo, yang menunjukkan telefon pintar ini memiliki ciri bucu bulat. Kameranya pulak terletak di posisi atas bahagian tengah dan mempunyai lampu flash di sebelah kanannya. Kekunci panel home terletak di posisi bawah bahagian tengah bersama kekunci menu dan kembali di bahagia kiri dan kanan.



Dikatakan Redmi 4 menggunakan Android 6.0 Marshmallow MIUM 8. Ianya direka dengan 5 inci skrin bersama paparan full HD (1902x1080 pixels) dan dikuasai dengan prosesor Snapdragon 625 dan RAM 2GB. Ianya dikhabarkan mempunyai 16GB memori dalaman dan memiliki port untuk kad microSD. Sambungan internet ialah 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11ac(2.4 dan 5GHz), Bluetooth 4.2 dan GPS.



Berita ketirisan sebelum ini mengatakan ianya akan datang dengan pilihan
3GB RAM dan 32GB memori dalaman. Ianya juga dijangka memiliki bateri
kapasiti 4100mAh. Xiomi dijangka akan melancarkan Redmi 4 di China pada
25 Ogos ini.





ADVERTISEMENT



x



Seminggu selepas berita ketirisan Redmi4, Xiomi juga dikhabarkan akan mengeluarkan Mi Note 2 seperti gambar diatas. Ianya agak samar dan pihak kami juga belum mengenal pasti ciri baru sebenar Mi Note 2 ini. Jika dilihat dengan mata kasar, ianya direka dengan paparan skrin lengkung di sisi seperti Galaxy Note 7 dan juga dilihat mempunyai sensor cap jari di posisi bawah.