Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Tertiris LG G6 Yang Dijadualkan Pelancarannya di MWC 2017

Gambar Tertiris LG G6 Yang Dijadualkan Pelancarannya di MWC 2017

Diterbitkan Februari 2, 2017 oleh Haikel Areff

LG dijangka mempamerkan LG G6 semasa MWC 2017 yang akan berlangsung pada 26 Februari ini di Barcelona. Dengan gambar tertiris yang didakwa merupakan sebuah prototaip LG G6, kita dapat lihat gambaran secara umum reka bentuk LG G6.

Jika dilihat reka bentuk yang dipaparkan, ianya direka dengan bingkai logam sementara nisbah skrin-ke-badan menunjukkan ruang bezel yang nipis dan mempunyai bucu lengkung. Manakala di bahagian belakangnya pula kita dapat perhatikan dwi-kamera bersama pengimbas cap jari.

Peranti ini juga mungkin menggunakan port USB-C seperti yang dilihat di bahagian bawah dan 3.5mm jack di panel atas. Kami juga yakin gambar yang ditunjukkan ini bukanlah rupa sebenar LG G6 yang bakal dipamerkan di MWC nanti. Mungkin akan terdapat beberapa perubahan semasa ‘final stage’ sebelum ianya dilancarkan.

lg_g6_prototype_droidlife_1485935610924

Mengikut laporan, peranti flagship dari LG ini adalah satu-satunya peranti bukan Google Pixel yang akan menerima fungsi Google Assistant terus dari kotak. G6 juga bakal dibina dengan keupayaan kalis air. Oleh sebab itu ada yang mengatakan LG membuang rekaan bateri boleh ditanggalkan untuk memberi laluan kepada fungsi kalis air.

Tetapi, kami jangkakan LG G6 ini bakal dimuatkan dengan pemproses versi lama kerana cipset Snapdragon 835 telah dibolot kesemuanya oleh Samsung untuk Galaxy S8. Maknanya LG terpaksa menggunakan Snapdragon 821.

Bijak betul Samsung dan Qualcomm. Monopoli.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY