Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak

Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak

Diterbitkan Januari 23, 2017 · Dikemas kini Januari 23, 2017 oleh Haikel Areff

Peranti jam pintar dari HTC telah digembar-gemburkan sejak dari Oktober tahun lepas di laman web China Weibo. Kini berita tentang HTC Android Smartwatch yang diberi nama ‘Halfbeak’ telah muncul lagi dengan beberapa lagi gambar tertiris.

Menurut gambar yang kami perolehi melalui Weibo, ianya memaparkan sebuah jam tangan yang mempunyai rekaan bulat dengan dua butang di bahagian kanan. Di bahagian belakang pula menampakan pin ‘pogo’ dan sensor kadar degupan jantung.

Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak
Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak
Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak
Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak
Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak
Gambar Tertiris Jam Pintar HTC Halfbeak

Jam pintar ini dibina dengan resolusi 360×360, sedikit tinggi jika nak dibandingkan dengan paparan Moto 360 V2 tetapi lebih rendah berbanding paparan Huawei Watch. Terdapat juga lambang Under Armour yang memberi indikasi kerjasama antara kedua-dua syarikat. HTC dan Under Armour juga telah berkolaborasi bersama-sama untuk meembina jam pintar lasak semasa acara UA Healthbox tahun lepas.

Kita dapat lihat juga, jam ini dijalankan dengan sistem operasi Android Wear 1.x. Ianya sedikit pelik kerana sistem operasi Android Wear 2.0 bakal diperkenalkan pada 9 Februari ini. Jadi, agak mengecewakan jika HTC ‘Halfbeak’ ini dilancarkan tanpa Android Wear 2.0.

Kami belum mendapat kepastian bila pihak HTC akan memperkenalkan peranti ini kepada umum dan berapa harganya. Besar kemungkinan ianya akan diperlihatkan untuk tontonan umum di acara MWC pada 27 Januari ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY