Gambar Tertiris HTC 11 Bersama Snapdragon 835 dan RAM Sebesar 6GB

Sebelum ini HTC telah mengesahkan mereka akan tampil dengan 6 ke 7 model peranti tahun ini termasuklah sebuah flagship baru. Mengikut dari gambar yang tertiris ketika ini, kita dapat lihat HTC sedang bersiap sedia untuk melancarkan HTC 11 selepas pelancaran HTC uU Ultra dan HTC U Play pada bula Januari yang lepas.

Jika dilihat dari gambar dibawah, ianya menunjukkan HTC 11 dibina dengan cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 835. Hanya Samsung S8 sahaja setakat ini yang disahkan menggunakan Snapdragon 835. Nokia P1 juga dikhabarkan dibina dengan pemproses Snapdragon 835 tetapi pihak Samsung sendiri telah mengumumkan S8 merupakan peranti pertama akan dikeluarkan dengan Snapdragon 835 (kroni bersama Qualcomm).

gsmarena_001 (2)

Antara spesifikasi lain yang tertiris melalui gambar ini adalah ianya akan dijalankan dengan Android Nougat 7.12 dan HTC Sense 9.0. Peranti ini juga bakal dimuatkan dengan storan dalaman 128GB. Namun informasi yang tertiris ini masih belum dapat kami sahkan kebenarannya. HTC 11 dijangka pelancarannya pada pertengahan suku ke 2 tahun ini

Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Sumber: Android Pure, Talk Android