Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Tertiris Blackberry Mercury Dengan Papan Kekunci QWERTY

Gambar Tertiris Blackberry Mercury Dengan Papan Kekunci QWERTY

Diterbitkan Disember 4, 2016 oleh Haikel Areff

Mengikut khabar angin ketika ini, Blackberry bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar yang mempunyai keyboard QWERTY yang diberi nama Mercury. Khabar angin ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, Jon Chen. Nampaknya, ura-ura tentang gambar yang telah tertiris pada bulan Oktober yang lepas adalah benar. Seperti model DTEK50 dan DTEK60, kedua-duanya dibina oleh Alcatel dan Mercury juga tidak akan dibina sepenuhnya oleh Blackberry.

Dua gambar peranti baru dari Blackberry seperti di atas menunjukkan gambar yang sama seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Kita dapat lihat Blackberry mahu mengembalikan rekaan papan kekunci QWERTY namun tidak pasti sejauh mana fungsi dan ciri-ciri baru yang bakal diketengahkan oleh Blackberry yang sudah tentu mahu memberikan nafas baru dengan rekaan lama.

Seperti mana yang telah diketahui, telefon Blackberry adalah sebuah telefon yang paling popular pada tahun 2007 sehingga 2010. Populariti Blackberry semakin merudum selepas kehadiran iPhone dan pelbagai telefon skrin sentuh Android pada awal 2011. Blacberry dahulunya memenangi hati pengguna dengan ciri kekunci fizikal yang mudah di kawal. Selepas era Android dan iPhone, Blackberry juga mengeluarkan telefon skrin sentuh seperti yang paling terbaru DTEK50 dan DTEK60, namun ternyata, mereka berada satu aras di belakang pesaing mereka

Ianya akan hadir dengan paparan skrin berukuran 4.5 inci skrin sentuh HD penuh bersama papan kekunci fizikal di bahagian bawah. Model baru dari Blackberry ini juga bakal dimuatkan dengan pemproses Qualcomm 2 GHz octa-core, RAM bersaiz 3 GB, 32GB storan dalaman dan 18-Megapixel kamera depan dan 8-Megapixel kamera ‘selfie’. Yang pastinya setakat ini, Mercury mungkin tidak akan diisi dengan Android Nougat seperti yang diperkatakan sebelum ini.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY