Gambar Milik Pemuda Malaysia Ini Viral Di Laman Instagram Apple

Dengar sahaja mengenai negeri-negeri di utara Semenanjung pasti kita akan terpersona dengan pemandangan yang cantik dan keindahan alam semulajadinya.

Baru-baru ini viral di laman Instagram milik Apple mengenai gambar pemandangan di sebuah negeri utara Semenanjung.



Dalam perkongsian berkenaan, pihak Apple turut memaparkan slogan “Humanity turns a photo into a story”. Pihak Apple juga turut memaparkan #malaysia dan nama akaun Instagram pemilik gambar berkenaan. Gambar tersebut juga telah mendapat lebih dari 270,000 jumlah like.

Hashtag Memainkan Peranan Penting.


Pihak kami sempat menemubual pemilik gambar berkenaan yang dikenali sebagai Dinny Aiman yang berusia 20 tahun.



Menurutnya, gambar tersebut diambil di kampung halamannya di Perlis pada Mei lalu dan tidak menyangka ia akan dikongsi oleh pihak Apple. Pada ketika itu, beliau mengambil gambar tersebut untuk berkongsi kepada rakan-rakan di Instagram tentang keindahan pemandangan di negeri kelahirannya itu.

Menurutnya lagi, hashtag #shotoniphone yang disertakan di dalam gambar tersebut memainkan peranan penting sehingga tular kepada pihak Apple. Beliau juga menambah, setiap pengguna perlu menyertakan hashtag dalam apa jua gambar yang dimuatnaik di media sosial bagi mengembangkan bakat yang terpendam.

Beliau mengambil gambar berkenaan dengan menggunakkan Iphone 7Plus miliknya. Menurut beliau lagi, tidak ada masalah jika menggunakkan peranti lama seperti Iphone 7plus kerana hasil karya bukanlah terletak kepada kecanggihan peranti semata-mata.

Sebagai seorang “freelancer” penularan gambar ini oleh pihak Apple sedikit sebanyak memberi impak yang besar di dalam perkembangan kerjayanya.

Berkaitan