Gambar Rakaman Malam Dari HONOR 9X Pro

Diramal membuat kemunculan rasmi pada 23 Julai ini, HONOR terlebih dahulu berkongsikan kemampuan rakaman malam bagi peranti HONOR 9X Pro.



Ia dipertontonkan melalui poster yang dimuat naik ke platform rasmi Weibo syarikat dan selepas itu, sebuah akaun Twitter pula memperlihatkan rakaman malam yang didakwa dihasilkan daripada HONOR 9X Pro.



Dua model, HONOR 9X dan HONOR 9X Pro dijangka hadir dengan dua sensor lensa yang sama iaitu 48MP dan 2MP sementara versi Pro mungkin disertakan dengan lensa ketiga 8MP.

Antara ciri disebut-sebut melengkapi kedua-dua peranti adalah cip pemprosesan terbaru, Kirin 810, bateri 3900mAh, skrin paparan 6.59 inci Full HD+ serta penggunaan kamera hadapan terangkat 24MP.

Desas-desus sebelum ini turut menyatakan syarikat pengeluar tersebut akan turut memperkenalkan HONOR Band 5 serta komputer riba MagicBook pada 23 Julai 2019.

Sumber: Weibo dan Bang_gogo_