Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy smart tag wide

Gambar Penjejak Bluetooth Samsung Galaxy SmartTag Tertiris Di Arena Web

Diterbitkan Januari 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Samsung akan melancarkan siri Galaxy S21 dan fon telinga Galaxy Buds Pro pada 14 Januari ini. Pada masa yang sama juga, mungkin mereka akan mengumumkan penjejak Bluetooth iaitu Samsung Galaxy SmartTag.

Terdahulu, penjejak dari Samsung ini telah pun menerima pengesahan di Indonesia dengan nombor model EL-T5300. Terbaru, gambar bagi produk ini tertiris di arena web.

Screenshot 2021-01-04 125146

Alat penjejak ini adalah mirip dengan penjejak daripada jenama Tile iaitu ia boleh menjejak objek dengan sambungan Bluetooth 5.1 dan mungkin hadir dengan ciri ultra-wideband (UWB), LTE dan GPS.

Harga jualan dijangka sekitar ~RM73 hingga ~RM97. Walau bagaimanapun, produk ini masih belum mendapat kepastian sama ada dijual buat pasaran Malaysia atau tidak.

Sumber: slashleaks

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY