Gambar Moto Z Tersebar Di Reddit



Motorola Moto Z Play telah tersebar di internet. Gambar tersebut telah tersebar di Reddit dan juga di Instagram oleh individu berlainan.



Salah satu perubahan besar Moto Z Play berbanding Moto Z ialah ciri ciri panel gelas di belakangnya. Melihat dari gambar, Moto Z Play dikatakan cuma sebuah telefon pintar buatan China dan ianya dikatakan hanyalah prototaip.



Dari pandangan mata kasar, rupa keseluruhan Moto Z Play di inspirasi dari Moto Z yang asal. Moto Z Play dilihat berwarna hitam dan putih dan dilihat mempunyai sensor cap jari di butang tengahnya.


Berdasarkan laporan mengatakkan telefon ini mempunyai ciri paparan HD, Qualcomm Snapdragon 652 prosesor, 3GBRAM, 64GB memori dalaman, kamera 16-megapixel dan kamera depan dengan 5-megapixel. Di kahabarkan juga Moto Z Play mempunyai sokongan Moto Mods.



Untuk mengingati pembaca, Lenovo telah melancarkan telefon pintar Moto Z dan Moto Z Force di Tech World 2016 dan akan dijual di seluruh dunia bermula awal September ini bersama Moto Mods yang direka khas untuk masa depan penggunaan telefon pintar Moto Z.


Syarikat telefon pintar dari China ini juga pada masa yang sama merasmikan Lenovo Phab 2 Pro iaitu telefon pintar Tango pertama dihasilkan dengan kerjasama Google.




ADVERTISEMENT



x