Gambar Malam Telefon Ini Memang Padu, Setanding Telefon 5 Ribu

Sebuah peranti yang baik bukan sahaja menumpukan kepada spesifikasi cip pemprosesannya. Ia juga melibatkan semua aspek-aspek lain seperti kamera, bateri, skrin serta fungsi dan ciri lainnya.

Untuk model peranti yang mampu melengkapkan semua aspek tersebut, ia sangat memerlukan modal yang besar. 

Namun anda tidak perlu bimbang lagi kerana di sini anda akan diperkenalkan dengan Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Siri peranti yang tidak terlalu tinggi harganya, tetapi mampu melengkapkan semua ciri-ciri yang anda mahukan pada peranti tersebut.

Apa yang membuatkan ia setanding dengan peranti andalan yang lain? Anda pasti terkejut dengan pencerahan lanjut mengenai peranti ini. 

Gambar Siang Terang, Suasana Malam Bukan Penghalang


Ketika pelancarannya, lensa yang digunakan pada peranti ini telah menjadi tumpuan utama peminat. Hal ini kerana, hasil gambar yang dihasilkan sangatlah jelas, tajam, dan sangat cantik.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan 50MP untuk lensa utama. Pada Xiaomi 12 Pro, ia masih juga menggunakan lensa 50MP untuk ultra lebar dan telemakro. Manakala Xiaomi 12 pula menggunakan 13MP ultra lebar dan 5MP telemakro.



Ditambah pula dengan ciri ProFocus, ia mampu memfokuskan wajah dengan lebih tepat walaupun diambil dari pelbagai sudut.

Namun sedikit berbeza pada Xiaomi 12 Pro kerana ia menggunakan sensor yang lebih besar dari Sony iaitu IMX707. Dengan sensor 1/1.128 inci yang besar ini, ia membenarkan penyerapan cahaya yang lebih banyak. 

Di situlah Xiaomi datangkan sekali ciri Ultra Night Video, Ultra Night Photo dan Portrait Night. Anda tidak akan menghadapi masalah untuk mengambil gambar walaupun dalam suasana yang gelap gelita.


Laju Satu, Cekap Tenaga Satu


Sebagai sebuah peranti flagship, semestinya prestasi cipset akan menjadi aspek utama yang akan dinilai. Untuk siri Xiaomi 12 ini, ia dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1. Prestasinya tidak akan dipersoalkan di samping kemampuannya yang lebih cekap tenaga.

Hal ini kerana, cip ini dibina dengan teknologi 4nm yang terdiri daripada 1x teras ARM Cortex-X2 dengan kelajuan CPU 3.0GHz, 3x teras ARM Cortex-A710 dengan kelajuan CPU 2.5GHz dan 4x teras ARM Cortex-A510 dengan kelajuan CPU 1.8GHz.



Tambahan pula, Xiaomi juga ada memperkenalkan fungsi baharu pada antara muka MIUI 13 seperti Liquid Storage, Ram Optimization dan Focused Algorithms

Fungsi baharu ini ditugaskan untuk mengekalkan kelajuan baca dan tulis, menutup aplikasi yang yang tidak penting dan meningkatkan kelajuan prestasi keseluruhan peranti untuk memberikan pengalaman guna yang lebih lancar.

Disebabkan itu, peranti ini tiada masalah sekali pun untuk bermain game yang besar seperti Genshin Impact dan yang terbaharu Apex legends.



“Tapi kalau main game lama-lama tak panas ke?” Anda tidak perlu bimbang kerana siri Xiaomi 12 ini dilengkapi dengan sistem penyejukan Vapor Chamber untuk memastikan peranti anda sentiasa berada dalam suhu optimum walaupun ber'gaming' dalam jangka masa yang lama.

Jangan Gusar, Bateri Besar


Sudahlah cip pemprosesan cekap tenaga, digandingkan pula dengan bateri yang besar memang anda akan senang hati untuk terus menggunakan peranti ini setiap masa. 

Pada Xiaomi 12, bateri yang dimuatkan adalah 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 67W. Manakala bagi Xiaomi 12 Pro pula sedikit besar iaitu 4,600mAh yang disertakan dengan teknologi pengecasan pantas HyperCharge 120W



Dengan pengecasan 120W ini, Xiaomi 12 Pro hanya mengambil masa 18 minit sahaja untuk mengecas penuh. Pantas bukan?

Xiaomi juga ada memperkenalkan satu lagi teknologi teknologi pengecasan pada peranti mereka iaitu AdaptiveCharge. Fungsi ini sesuai bagi mereka yang suka mengecas telefon mereka sebelum tidur.



Dengan fungsi ini, siri peranti Xiaomi 12 akan memberhentikan pengecasan peranti anda pada waktu malam dan akan menyambungnya semula ketika anda bangun pada waktu pagi dengan melihat pada jadual jam loceng anda.

Kini tiada lagi masalah overcharge dan jangka hayat bateri anda juga dapat bertahan lebih lama.

Ohh lupa pula beritahu yang kedua-duanya peranti ini juga menyokong pengecasan turbo wayarles sehingga 50W. Barulah lengkap ciri untuk jadi peranti andalan premium.

Kecil Kompak, Baru Gempak


Dengan semua spesifikasi dan fungsi yang ditawarkan, agak teruja melihat Xiaomi dapat memuatkan semuanya dalam sebuah peranti yang kompak. Warna yang ditacap pada peranti ini juga menarik dengan 3 pilihan warna iaitu Gray, Purple dan Blue.

Untuk Xiaomi 12, ia tampil dengan skrin 6.28 inci panel jenis AMOLED DotDisplay. Pada yang minat dengan peranti bersaiz kecil, saiz ini sangatlah sesuai.



Xiaomi 12 Pro pula semestinya hadir dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.73 inci jenis LTPO AMOLED. Seperti yang anda tahu, skrin ini dilengkapi dengan AdaptiveSync Pro yang mana ia dapat menyelaraskan kadar segar semula skrin untuk memberi penjimatan bateri sehingga 50%.



Xiaomi tidak berhenti disitu, kedua-dua peranti ini juga mempunyai pembesar suara yang ditala Harman Kardon. Kedudukan pembesar suara yang simetri dipadukan pula dengan fungsi Dolby Atmos akan memberikan penghasilan bunyi yang lebih seimbang.

Anda akan dapat merasai pengalaman yang lebih memuaskan ketika layan filem atau dengar lagu dengan gabungan skrin dan pembesar suara ini.


Prestasi Setanding Harga Pun Tak Pening


Prestasi sudah, kamera sudah, rekaan sudah, bateri pun sudah. Apa lagi yang anda rasa tidak cukup dengan peranti ini? Xiaomi siap memberikan kemas kini Android selama 3 tahun dan tampalan sekuriti selama 4 tahun.

Sebab itu, siri Xiaomi 12 ini dikatakan setanding dengan peranti andalan premium yang harganya mencecah sehingga RM5,000.



Tetapi untuk siri Xiaomi 12 ini, anda tidak perlu pening kepala kerana harganya sangat berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Anda boleh dapatkan Xiaomi 12 dengan harga RM2,899 manakala Xiaomi 12 Pro pula dengan harga RM3899 sahaja.

Bermula 26 Mac hingga 10 April, jika anda membeli mana-mana peranti Xiaomi 12 ini, anda boleh mendapatkan pemanjangan tempoh jaminan selama 1 tahun bernilai RM499 dan 1 kali pertukaran skrin percuma dalam tempoh 6 bulan selepas pembelian bernilai RM199.



Bukan itu sahaja, anda juga boleh menerima potongan 50% jika anda membeli Xiaomi Soundbar 3.1ch (RM1,499) 30 hari selepas anda membeli mana-mana peranti Xiaomi 12.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki peranti ini untuk merasai sendiri kelainan yang dibawakan pada siri Xiaomi 12. Jika berminat, anda boleh beli melalui MiStore berdekatan anda atau gedung rasmi atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee.

**Artikel Ini Dibawakan Oleh Innity