Gambar LG V20 Tersebar Dengan Memaparkan Dwi Kamera.


Gambar LG V20 yang tersebar ini hanya menunjukkan posisi hadapan sahaja dan ianya dilihat tidak mempunyai dwi kamera di bahagian depan seperti mana yang di khabarkan. Sebaliknya, ia memaparkan kamera dan flash yang belum dapat di pastikan.

Gambar yang tertiris ini juga memperlihatkan ciri V20 yang lebih mengutamakan rekaan yang berbentuk streamline yakni ianya mempunyai rekaan yang nipis dan runcing.

LG V20 dilihat sebagai salah satu telefon pintar Android yang paling mengujakan tahun ini. Gambar ini mempunyai persamaan dengan gambar yang tertiris sebelum ini tetapi gambar sebelum ini hanya menunjukkan hanya satu kamera berbanding gambar baru ini (gambar seperti di bawah), yang memaparkan ciri dwi kamera belakang yang lebih jelas. LG V10 mempunyai dwi kamera depan dan mustahil LG akan merombak ciri tersebut dari LG V20.

Kita juga dapat melihat ciri besar lain V10 yang mempunyai dua paparan skrin depan, di dalam bentuk baris hitam di atas skrin utama.

Di belakang, kita dapat lihat ciri dwi kamera yang juga datang bersama dual LED flash untuk fokus auto laser.

Ciri ciri lain yang di katakan datang bersama ialah pengesan cap cari di belakang dan butang suara atau port di sebelah kanan, yang mempunyai iras butang dari versi LG G5. Rekaan LG V20 juga susah untuk di terangkan kerana ianya mempunyai casing namun ianya dilihat diperbuat dari logam umpama LG G5.

Dikhabarkan juga LG V20 mungkin akan datang dengan paparan skrin QHD berukuran 5.7 inci, 20MP atau 21 MP kamera belakang, dwi 8MP kamera depan dan kapasiti bateri 4000mAh, prosessor Snapdragon 820 dan RAM 3GB atau 4GB.

Kesahihan ketirisan ini akan kita tahu selanjutnya pada pelancaran LG V20 pada 6 September ini.