Gambar Ini Buat Netizen Kata Ia Adalah 'Fake', Ini Penjelasan Dari Pemilik Gambar Sebenar

Baru-baru ini tersebar satu gambar yang menunjukkan pemandangan waktu malam kotaraya Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Genting Highland, membuatkan ramai netizen meragui ketulenan gambar tersebut.



Mula dimuat naik pada 5 Mei lepas, ramai yang terkejut apabila limpahan lampu dari Genting Highland jelas kelihatan dalam imej tersebut.

Netizen mula membanjiri ruangan komen dan mengatakan gambar ini telah disunting dengan menggunakan teknik 'superimposed'.

Pemilik gambar, Jun Hong mengesahkan kesahihan gambar ini melalui kiriman di akaun FB beliau.



Jun Hong menjelaskan, beliau sangat bernasib baik kerana bukan mudah untuk mendapat peluang merakam Genting Highland sebegitu rupa, kerana anda memerlukan langit yang cerah serta tidak terlindung dari kabus.

Beliau memberitahu gambar ini diambil oleh kamera Fujifilm X-T1 bersama bukaan aperture f8, shutter speed 10 saat, ISO200 (200mm focal length).

Kapsyen: Jun Hong terpaksa memuat naik kiriman yang membuktikan kesahihan gambar KLCC/Genting


Bagi mendapatkan hasil seperti imej diatas, Jun Hong membuat sedikit 'touch up' dan menyunting tona warna gambar melalui perisian Adobe Lightroom serta Photoshop.

Menurut beliau lagi, gambar ini diambil berdekatan kediamannya di Bukit Jalil. Pada mulanya beliau hanya meletakkan kamera untuk merakam 'time-lapse' namun apa yang beliau berjaya rakam adalah sesuatu yang menakjubkan.

Sumber: Jun Hong