Gambar Acah Gimbal Terbaru Dari DJI

Bakal diperkenalkan pada 17 Julai ini.


Syarikat pengeluar dron dan kamera aksi terkemuka dari China, DJI hari ini telah perlihatkan gambar acah gimbal terbaru mereka. Menggunakan ayat bernada pertanyaan "Lighter and Smarter than Ever?"pada gambar acah tersebut seolah memberikan gambaran gimbal yang bakal diperkenaln itu nanti adalah pengganti kepada model gimbal Ronin-S.



Walaupun dikalangan jurukamera berpendapat Ronin-S adalah antara gimbal terbaik untuk digunakan bersama kamera 'mirrorless'  dan DSLR, tetapi ia juga adalah antara gimbal paling berat yang ditawarkan kepada pengguna.

Jadi tidak menghairankan, jika ramai pengguna yang sedikit menguluh dan pihak DJI seolah mendengar keluhan pengguna produk mereka.

Jadi, mungkin ini adalah gimbal yang bakal menggantikan Ronin-S yang akan ditawarkan kepada para jurukamera dengan penambahbaikan sepertimana yang dimahukan mereka.

DJI juga turut memuat naik video acah di laman Twitter mereka hari ini.

https://twitter.com/DJIGlobal/status/1150617389710446592

Gimbal terbaru ini akan diperkenalkan secara rasminya oleh DJI pada17 Julai ini.