Galeri Telefon Anda Dipenuhi Dengan Gambar Dan Video Dari WhatsApp? Ini Cara Untuk Sembunyikannya

Apabila anda menerima imej atau video dari kenalan pada aplikasi WhatsApp, ia akan disimpan secara automatik didalam galeri telefon pintar anda sejurus selepas anda menontonnya.

Mungkin ada yang kurang senang dengan perkara ini dan tidak mahu galeri itu dipenuhi dengan gambar-gambar serta video dari WhatsApp, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut.

  • Buka aplikasi WhatsApp

  • Tekan butang tiga titik bertindih di penjuru atas kanan dan pilih Settings.




  • Seterusnya pilih menu Chats.




  • Pergi ke Media Visibility dan matikan pilihan tersebut.




Namun begitu, jika anda hanya mahu menyembunyikan imej dari kenalan atau grup tertentu, contohnya grup taman perumahan anda yang sentiasa dibanjiri dengan gambar, boleh ikuti cara dibawah.

  • Buka ruang chat individu atau grup tersebut pada aplikasi WhatsApp.

  • Tekan pada bahagian nama individu/grup dibahagian atas.

  • Pada paparan seterusnya boleh matikan menu Media Visibility.


Dengan ini, mesej yang berupa imej atau video tidak lagi kelihatan pada galeri telefon pintar. Jika anda ingin mendapatkan gambar atau video tersebut, boleh pergi File Manager > WhatsApp> Media> WhatsApp Images/WhatsApp Video> Private.

Sekiranya anda mahu berbalik kepada tetapan asal, turuti saja langkah-langkah diatas.