Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
indisplay camera

Galaxy Z Fold 3 Mungkin Jadi Telefon Pertama Samsung Dengan Kamera Dalam Skrin

Diterbitkan November 20, 2020 oleh Amsyar Latif

Samsung sememangnya terkenal dalam pembuatan skrin pada telefon pintar dan masalah yang dihadapi kebanyakan jenama telefon sekarang adalah takuk pada skrin yang menempatkan kamera swafoto.

Kita telah lihat pelbagai teknologi yang dilakukan jenama lain seperti kamera pop-out atau infinity-o pada Galaxy Z Fold 2. Oleh itu, Samsung merasakan kamera yang terbina di dalam skrin adalah satu teknologi yang perlu dilakukan.

Samsung Galaxy Z Fold 2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM 7,999

Laporan daripada media Korea Selatan menyatakan Samsung akan perkenalkan Galaxy Z Fold baharu dengan kamera terbina di dalam skrin.

Dengan teknologi ini, pengalaman menggunakan telefon akan jadi lebih sempurna kerana tiada takuk pada skrin. ZTE sebelum ini telah perlihatkan bagaimana ia berfungsi pada telefon Axon 20 5G.

ZTE Axon 20 – Telefon Pertama Dengan Kamera Bawah Paparan Rasmi Dilancarkan
ZTE Axon 20 5G

Tambahan lagi, Samsung Display akan membuat panel yang diperlukan sementara kamera akan dibuat oleh bahagian LSI Sistem Samsung.

Mereka juga turut berusaha untuk meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan menerusi teknologi ini nanti dengan mengembangkan algoritma pembetulan imej.

Walau bagaimanapun, belum ada kepastian lagi bila Samsung akan umum telefon dengan teknologi ini memandangkan Galaxy Z Fold 2 baru sahaja dilancarkan tahun ini.

Sumber: sammobile

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY