Galaxy Watch Turut Diperkenalkan Dalam Acara Galaxy Unpacked 2018

Dalam Galaxy Unpacked 2018, Samsung turut mengetengahkan jam pintar yang digelarkan Galaxy Watch. Agak pelik kenapa mereka tidak menggunakan nama Gear Sport seperti sebelum ini.

Ianya memperagakan rekaan seperti jam biasa yang nampak elegen. Dibina dengan Gorilla Glass-shod dan ciri sokongan kalis air dengan tekanan air 5 ATM.



Seperti biasa Samsung Watch ini boleh disambungkan bersama telefon pintar atau beroperasi dengan sendirinya melalui sambungan LTE. Samsung turut mendakwa ianya mampu bertahan sehinga beberapa hari dengan satu pengecasan penuh.



 

Yang menariknya Samsung turut membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar (Wirelss Charger Duo) yang membenarkan pengguna untuk mengecas bersama Galaxy Note 9.



Seperti jam pintar yang lain, Samsung Watch lebih memfokuskan kepada ciri kesihatan (Health app) pengguna seperti mengesan corak tidur pengguna bersama ciri jurulatih peribadi untuk bersenam dan sebagainya.

Pandangan Wiser: Kena cuba dulu baru tahu