Galaxy TabPro S Mahu Mencabar Surface Pro











Samsung telah pun melancarkan peranti Galaxy Tab Pro S pada awal tahun ini tetapi syarikat dari Korea itu akan menaik taraf peranti mereka. Kini ianya akan diberi nama TabPro S Gold Edition yang akan memiliki paparan AMOLED dan papan kekunci yang boleh dibuka dan dipasang yang sama seperti model sebelum ini. Antara perubahan baru yang akan di tampilkan adalah peranti ini akan dibina dengan RAM sebesar 8GB berbanding model sebelum ini iaitu dengan RAM bersaiz hanya 4GB. Dan ianya akan datang dengan storan dalaman bersaiz 256GB , 128GB untuk model sebelum ini.



Selain daripada itu, tablet dari Samsung ini juga akan menampilkan rekaan warna emas. Dari segi spesifikasi yang lain, tiada yang berubah. Model Galaxy Tab Pro edisi Gold ini masih memiliki paparan skrin bersaiz 12inci dengan paparan 2160 x 1440 pixel Super AMOLED, Pemproses Intel Core M3-6Y30, HDMI dan port USB 3.0.



Samsung mahu melonjakkan tablet mereka dalam usaha untuk bersaing dengan Microsoft Surface Pro. Tablet ini mempunyai rekaan yang sangat nipis dengan hanya memiliki ketebalan 6.3 mm dan mempunyai berat 693 gram. Walaupun ianya nipis, tablet ini mempunyai ketahanan bateri yang agak memuaskan dengan 10.5 jam penggunaan dan ianya juga dibina dengan keupayaan 'fast charging'.



Sumber: Engadget