Galaxy Tab A 2017 Diperkenalkan Dengan Harga RM1199

Penggunaan tablet kini boleh dilihat sedikit berkurangan berbanding dahulu. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengenalan phablet (telefon pintar bersaiz 5.5inci dan keatas) yang menjadi pilihan pengguna kerana saiznya tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Walaupun begitu, tablet masih mempunyai peminat yang tersendiri dan ia boleh dilihat dengan pelancaran Samsung Galaxy Tab A 2017 bagi pasaran dalam negara yang berlangsung kelmarin.

Dilengkapi dengan skrin berukuran 8 inci, ia digandingkan bersama pemproses Snapdragon 425, RAM 2GB dan kapasiti memori sebesar 16GB beserta sokongan kad MikroSD sehingga 256GB. Tampil dengan rekaan logam pada bahagian belakang dan untuk model ini ia tidak mempunya S-Pen.





Dibahagian kamera pula, ia menggunakan lensa kamera utama 8MP dengan keupayaan autofokus, manakala kamera selfie menggunapakai lensa 5MP.

Peranti kelas permulaan ini juga menjanjikan sambunga 4G LTE dan kapasiti bateri 5000 mAh yang mampu memainkan video sehingga 14 jam tanpa henti.

Bakal ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu, Emas, Perak dan Hitam.

Sumber: Samsung Malaysia