Galaxy S9 Terjual Lebih Dari 8 Juta Unit Sebulan

Pihak Samsung melaporkan yang peranti 2018 mereka, Galaxy S9 dan S9+ telah terjual sebanayk 8 juta unit, satu nilai menyamai jumlah yang terjual untuk peranti Galaxy S8 mereka tetapi masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Galaxy S7 dan S7 Edge.

Terdapat juga beberapa maklumat menarik jika dilihat di dalam laporan yang disediakan oleh Canalys kerana Galaxy S9+ dijual dengan lebih banyak dari peranti saiz biasa walaupun peratusannya tidak disebut.



Dari 8 juta unit Galaxy S9/S9+ yang terjual di seluruh dunia, 2.8 juta unit adalah dari pasaran Amerika Syarikat dan 1 juta unit pula datang dari pasaran Korea Selatan.

Berita sebegini pasti mengembirakan pihak Samsung kerana pada masa yang sama, pesaing mereka terutamanya di dalam pasaran peranti utama mengalami penurunan dari segi penjualan.

Sumber