Galaxy S8 Active, Kembar S8 Yang Lebih Gempal Dan Tahan Lasak

Satu gambar tertiris di laman web Reddit awal hari ini memperlihatkan satu lagi flagship dari Samsung. Tak, kali ini bukan lagi Note 8. Ini adalah Samsung Galaxy S8 Active.



Pada yang belum tahu, variasi 'Active' ini sudah dipamerkan pada model S4 beberapa tahun yang lalu dengan memfokuskan pada peranti dengan rekaan tahan lasak dan kapasiti bateri yang lebih besar.



Kalau sekali pandang, peranti ini sama seperti S8 tetapi tanpa rekaan skrin lengkung dan memiliki cengkerang tahan lasak bewarna hitam.

S8 Active dimuatkan bersama bateri 4000mAh, 1000mAh lebih besar berbanding S8 dan 500mAh lebih berbanding S8 Plus.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=e5DqTgNyom0[/embed]

Sumber: Reddit, Techdroid