Galaxy Note 9 Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri Paling Besar Untuk Siri Note

Seorang kaki tiris semakin popular dari Korea, Ice Universe sebelum ini sudah mendedahkan beberapa info tentang Galaxy Note 9 berkenaan pelancaran yang akan berlangsung di New York pada 2 Ogos atau 9 Ogos ini.



Kemudian beliau turut mendedahkan bayangan rupa panel belakang Galaxy Note 9. Berbeza dengan Galaxy Note 8 sebelum ini, sensor pengimbas cap jarinya diubah ke bawah tetapan kamera.



Terbaru beliau mendakwa siri Note baru dari Samsung ini bakal dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 4,000mAh. Menurut satu kiriman di akaun Twitternya dan beliau sangat pasti dan yakin.



Jika dakwaanya benar, maka ianya adalah saiz bateri paling besar untuk peranti dalam siri Note. Sama-sama kita nantikan.

Sumber