Galaxy Note 8 Dan Sony Xperia XZ1 Menyokong Penstriman HDR Netflix

Jika disebut tentang penstriman HDR di Netflix, tidak banyak peranti yang tersenarai untuk sokongan itu. Terbaru, dua lagi model telefon pintar yang dilancarkan bulan lalu, Samsung Galaxy Note 8 dan Sony Xperia XZ1 turut hadir dengan sokongan penstriman HDR di Netflix.

Senarai itu pertama kali dilihat berada pada ruangan FAQ Netflix oleh laman Android Police disamping dua lagi model lain LG V30 dan Sony Xperia XZ Premium.



Kandungan HDR pertama kali ditawarkan oleh Netflix pada bulan Mei yang lalu dengan LG G6 merupakan peranti pertama yang dapat mengaksesnya. Berdasarkan senarai diatas juga, LG G6 dilihat adalah satu-satunya peranti yang mempunyai sokongan HDR serta Dolby Vision.

Selain memerlukan peranti dengan sokongan HDR, anda juga perlulah melanggan 4 Screen Premium Netflix untuk menonton kandungan HDR berkenaan.

Sumber: Netflix via Android Police