Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Pada Penghujung Ogos

Berdasarkan perkongsian rakaman skrin kalendar pemasaran Verizon oleh @evleaks, Samsung Galaxy Note 10 bakal dilancarkan pada minggu ketiga bulan Ogos.

Kapsyen: Imej | @evleaks


Dalam rakaman skrin yang sama juga ada menunjukkan dua bulan yang seterusnya, dua lagi model pesaing bakal diperkenalkan iaitu iPhone dan Google Pixel 4, sepertimana yang sudah disebut-sebut sebelum ini.

Berbalik kepada Galaxy Note 10, imej sampel filem pelindung bagi peranti ini sudah dikongsikan di Twitter oleh @UniverseIce.

Kapsyen: Imej |@UniverseIce


Dilihat pada imej, tiada rekaan takuk mahupun punch holeĀ dimana akaun Twitter tersebut menyatakan ia mungkin rekaan awal. Rupa bentuk sebenar bahagian hadapan peranti mungkin akan hadir pada masa yang lain.