Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy note 10 lite

Galaxy Note 10 Lite Bakal Menggunakan Rekaan Kamera Belakang Kotak

Diterbitkan Disember 18, 2019 ยท Dikemas kini Disember 18, 2019 oleh Meor Hasyim

Walaupun Galaxy Note 10 telah dilancarkan pada bulan Ogos lalu, namun nampaknya Samsung bakal menambah lagi model dalam siri tersebut. Untuk model terbaharu ini, ia dikatakan akan dipanggil Galaxy Note 10 Lite dan imej peranti tersebut telah mula dimuatnaik oleh WinFuture.

Galaxy Note 10 Lite Bakal Menggunakan Rekaan Kamera Belakang Kotak
Foto – WinFuture

Dari segi rekaan, ia akan menggunakan rekaan kamera berlubang sama di bahagian paparan seperti Galaxy Note 10. Namun, kamera belakangnya bakal menggunakan pakai rekaan berbeza yang tidak asing untuk peranti Pixel 4 dan juga iPhone 11 – rekaan kamera kotak. Melihat kepada rekaan, akan terdapat 3 lensa.

Galaxy Note 10 Lite Bakal Menggunakan Rekaan Kamera Belakang Kotak
Foto – WinFuture

Peranti juga masih mengekalkan kewujudan S Pen dan dikhabarkan akan mempunyai sokongan rangkaian Bluetooth 5.1. Walau bagaimanapun spesifikasi jelas peranti ini masih dalam samar-samar lagi. Namun dengan penggunaan nama ‘Lite’, kemungkinan besar ia adalah model kurang berkuasa berbanding Galaxy Note 10 dan Note 10+.

Sumber: WinFuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY