Galaxy Note 10 Lite Akan Gunakan Cip Flagship Exynos Tahun Lepas

Dua model Samsung sebagai pengakhiran tahun 2019 iaitu Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note 10 akan diumumkan dalam masa terdekat. Untuk S10 Lite, spesifikasinya sudah mula didedahkan. Namun untuk Galaxy Note 10 Lite pula, baru hari ini spesifikasinya pula dipertunjukkan.

Berdasarkan laporan WinFuture, Note 10 Lite akan menggunakan cip Exynos 9810, iaitu cip yang sama digunapakai dalam S9 dan juga Note 9. Akan terdapat 6GB RAM dan juga 128GB storan dalaman.



Skrin pula sekadar FHD+ (2400 x 1080) bersaiz 6.7 inci Super AMOLED. Peranti juga akan mempunyai pengimbas cap jari danĀ  lubang di bahagian tengah skrin untuk kamera swafoto 32MP (f/2.2).

3 kamera belakang dengan 12MP (f/1.7) utama, 12MP (f/2.4) 2x lensa telefoto dan juga 12MP (f/2.2) ultralebar. Menariknya, akan terdapat bicu audio 3.5mm di mana perkakas ini tidak disertakan pada siri Note 10 yang sudah dilancarkan.

Peranti akan mempunyai 4,500mAh bateri dengan sokongan pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Sama seperti S10 Lite, ia bakal menjalankan Android 10 yang berselindung di sebalik One UI 2.0.

Kedua-dua model Galaxy Note 10 Lite dan S10 Lite dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan sekitar Januari sebelum siri S11 yang baharu dilancarkan.

Sumber: WinFuture