Galaxy M2 Dilaporkan Bakal Jadi Model Samsung Yang Pertama Menggunakan Takuk

Masih lagi dengan M2, namun kali ini berkaitan Samsung pula. Samsung didakwa akan melancarkan model baru dibawah kelas permulaan, Galaxy M2 pada awal tahun hadapan.

Menariknya, model itu dikatakan akan menjadi keluaran pertama Samsung yang hadir dengan rekaan takuk pada skrin. Sekiranya benar, ia sekaligus bakal menandakan berakhirnya slogan 'tolak takuk' yang dipegang Samsung selama ini.

Kapsyen: Kredit: PhoneArena


Samsung sebelum ini telah memperkenalkan tiga rekaan takuk yang bakal digunakan pada peranti-peranti mereka. Tiga rekaan berkenaan ialah Infinity-O, Infinity V dan Infinity-U. Menurut imej diatas, Galaxy M2 berkemungkinan besar akan menggunakan rekaan Infinity-U.

Baca juga - Telefon Pintar Samsung Selepas Ini Akan Mempunyai Takuk

Kapsyen: Kredit: PhoneArena


Menurut sumber lagi, Samsung Galaxy M2 ini akan dilengkapi dengan memori 3GB RAM, simpanan dalaman 32GB, kamera utama lensa tunggal 13MP serta kamera swafoto 8MP.

Bagaimanapun, spesifikasi di atas masih lagi belum rasmi dan tiada sebarang maklumat daripada pihak Samsung yang dapat diperolehi setakat ini.

Memandangkan masih berbaki lebih kurang dua bulan sebelum ia dilancarkan, maka mungkin akan ada perubahan dari segi spesifikasi dan ciri pada Samsung Galaxy M2 ini nanti.

 

Sumber: PhoneArena