Galaxy Fold Tidak Hadir Pada Bulan Julai, Mate X Ditunda Sehingga September

Beberapa minggu lalu, dikatakan pihak Samsung memberitahu media  Korea Selatan mengatakan bahawa peranti boleh lipat mereka, Galaxy Fold, akan tiba sebelum bulan Julai ini. Namun, hari ini dilaporkan pula bahawa tarikh keluaran model itu masih di dalam keadaan samar-samar.

Berdasarkan kenyataan jurucakap syarikat berdasarkan laporan GizChina, sekiranya mereka akan mengadakan acara media tidak lama lagi, mereka sepatutnya sudah membuat sesuatu sekarang tetapi tiada progres mengenai peranti itu sejak ditangguhkan beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, penangguhan model berkenaan adalah berpunca daripada isu paparan skrin yang menjadi masalah utama. Setelah lapisan pelindungnya dibuka, skrin gagal berfungsi seperti normal.



Namun tidak hanya pihak Samsung sahaja menundakan tarikh pengeluaran peranti mereka, Huawei iaitu pencabar terdekat mereka turut mengumumkan Huawei Mate X turut ditangguhkan. Laporan mengatakan tundaan ini bagi memperbaiki kualiti peranti boleh lipat itu pada bahagian paparan skrin.



Menurut sumber, pelancaran Mate X akan ditunda sehingga bulan September manakala bagi peranti Galaxy Fold dari Samsung ditunda sehingga tarikh sebenar diumumkan kerana tiada sebarang tarikh terperinci dilaporkan.

Baga juga - Telefon Boleh Lipat Xiaomi Dilapor Akan Dijual Pada Harga Lebih Murah Berbanding Galaxy Fold Dan Mate X,

- Pembeli Galaxy Fold Secara Pra-Tempah Ada Dua Pilihan, Tempahan Batal Secara Automatik Atau Kekalkan Belian,

- Ini Yang Dilakukan Samsung Untuk Atasi Masalah Paparan Galaxy Fold.

Sumber: Giz China, XDA