Galax Malaysia Adakan Promosi Jualan RTX 2060 Hanya RM99 Sahaja 16 September Ini

Galax Malaysia, iaitu salah satu jenama yang menghasilkan kad grafik kini akan membuat promosi khas pada 16 September ini.

Promosi itu adalah jualan kad grafik GeForce RTX 2060 yang dijual hanya pada RM99 sahaja.

Menurut laman rasmi Facebook Galax Malaysia, ia adalah bersempena 30,000 pengikut di kedai rasmi Lazada. Jualan pada hari tersebut adalah pada 2 sesi iaitu pukul 12 tengahari dan pukul 6 petangĀ juga di Lazada.



Menurut FAQ yang disertakan di bawah, hanya 2 unit sahaja yang dijual, iaitu 1 unit pada pukul 12 tengahari dan 1 lagi unit pada pukul 6 petang.



Sebagai perbandingan, harga asal kad grafik Galax RTX 2060 adalah pada RM1,199.

Selain promosi jualan RTX 2060, pihak Galax juga turut memberikan:

  • Kerangka jenama BMS percuma dalam unit terhad untuk mana-mana pembelian kad grafik.

  • Diskaun baucar RM150 untuk pembelian Battlerig


Untuk yang berminat mahu mendapatkan RTX 2060 dengan harga RM99 tersebut, saya ucapkan semoga berjaya!

Sumber: Galax Malaysia

Berkaitan