Trivia
Gajet Sebenarnya Mampu Memberi Kesan Positif Kepada Pengguna
Ditulis
2 bulan lepaspada
Oleh
Anis AdrinaSetiap perkara mempunyai kebaikan serta keburukannya yang tersendiri, begitu juga dengan penggunaan gajet. Terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan segala aplikasi dalam gajet itu hanya akan melalaikan dan memberi kesan yang tak berfaedah serta negatif.
Segelintir generasi muda yang tidak tahu menahu mengenai dunia teknologi, lebih-lebih lagi yang mudah terpengaruh ini akan mengganggap bahawa gajet sebagai satu benda yang tidak mendatangkan manfaat.
Sebenarnya soal ini bergantung pada cara pemikiran dan penerimaan setiap orang. Jika mereka beranggapan bahawa gajet adalah satu benda yang buruk, maka buruklah segala isi dalamnya.
Apa yang penting adalah kita gunakannya dengan ilmu yang sahih serta pemikiran ke arah kemajuan teknologi itu sendiri.
- Menjana Pendapatan
Kita boleh lihat betapa ramainya masyarakat yang mendapat kebaikan daripada menjalankan perniagaan di Facebook, Twitter, dan Youtube. Media sosial digunakan secara meluas, secara tidak langsung orang ramai akan tahu tentang sesuatu produk atau barangan yang diviralkan. Bermula dari situ mereka akan menunjukkan minat untuk membeli. Ia dapat menjana pendapatan si penjual apabila menggunakan gajet sebagai satu medium kepada perniagaan.
- Perbaiki Mutu Penulisan
Komunikasi menerusi gajet sebenarnya dapat menambahkan keyakinan seseorang untuk menyuarakan idea-idea bernas dan pendapat mereka di media sosial. Secara tidak langsung memberi manfaat kepada pembaca jika apa yang disampaikan itu adalah perkara yang baik. Misalnya penulisan-penulisan mengenai hal kesihatan, perniagaan, kehidupan dan pelbagai lagi. Pembaca kini diberi ruang untuk komen atau memberi pandangan, jadi di situlah penulis dapat memperbaiki cara penulisan mereka.
- Memudahkan Urusan Seharian
Segala urusan menjadi lebih mudah apabila dapat dilakukan secara atas talian sahaja. Misalnya, urusan seperti pembayaran bil-bil di rumah dapat diakses di gajet anda dengan lebih cepat. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa anda untuk keluar.
- Melatih Diri Membuat Keputusan Dengan Cepat
Dalam permainan video, pemain dapat melatih diri untuk berfikir secara logik dan lebih cepat bagi mencari jalan penyelesaian masalah mahupun strategi yang akan digunakan. Sambil berfikir, pemain juga dapat menumpukan fokus mereka. Permainan video juga berperanan untuk melatih kecerdasan pemikiran seseorang dan mengembangkan pemikiran inovatif mereka.
- Maklumat Mudah Diperoleh
Kemudahan Internet kini boleh dinikmati oleh setiap orang. Jadi dengan adanya capaian Internet ini, maklumat akan menjadi lebih mudah untuk diperolehi dengan menggunakan gajet sebagai medium perantaraan. Segala maklumat boleh dicapai hanya dengan hujung jari sekelip mata tanpa batasan waktu.
- Alat Perhubungan
Ini merupakan tujuan asas penciptaan gajet, ia dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia. Oleh sebab adanya perkembangan teknologi maklumat, kini jurang hubungan antara penduduk luar bandar dan bandar dapat dikurangkan. Capaian Internet tanpa wayar memudahkan komunikasi itu berlaku antara dua hala.
- Alat hiburan
Gajet masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan kerana dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, dan juga boleh mengambil gambar. Ini telah menarik minat semua golongan untuk memiliki gajet. Hiburan ini secara tidak langsung membantu kita menghilangkan tekanan akibat penat bekerja.
Di dunia teknologi yang semakin canggih, gajet juga sudah tersedia dengan pelbagai ciri dalaman yang semakin pintar. Namun, pengguna yang taksub kepada gajet akan menyebabkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan terjejas kerana kurangnya interaksi. Pengunaan yang berlebihan juga akan memudaratkan kesihatan akibat terlalu fokus sehingga lupa makan dan menjadi malas. Perlu tahu cara penggunaan yang betul agar tidak terpesong kepada cabang gajet yang tidak baik.
Anda Mesti Suka
SKMM Padam 78% Daripada 3,877 Akaun Media Sosial Palsu Yang Ditemui
5 Aplikasi Untuk Hasilkan Kandungan Media Sosial Yang Lebih Menarik
Adakah MySpace Masih Wujud Pada 2019? Ini Yang Terjadi Pada Platform Media Sosial Tersebut
Nak Bateri Gajet Tahan Lama? Amalkan 6 Tips Ini
Jadi Yang Pertama Untuk Merasakan Pengalaman HONOR 9X Sebelum Ia Dilancarkan
The Mines Jadi Lokasi Pilihan, Realme Buka Concept Store Pertama
Terbaru
Disebabkan Apple, Ketahanan Bateri Peranti Android Akan Meningkat Tahun 2020
Iphone merupakan peranti yang sememangnya menjadi penanda aras dan ikutan buat peranti yang lain khususnya Android. Walaupun agak ketinggalan dalam...
Cara Untuk Mematikan Fungsi Pelayar Dalaman Facebook
Kepada anda yang tidak gemar menggunakan pelayar dalaman yang tersedia pada aplikasi Facebook ketika ingin membuka pautan laman sesawang, berikut...
Huawei P30 Pro Dijual Serendah RM12 Pada Promosi 12.12 Ini
Antara yang ditunggu-tunggu pembeli menjelang akhir tahun adalah promosi jualan yang banyak menawarkan produk menarik pada harga murah. Tidak mahu...
Ikut Facebook Kami
Popular
- Berita4 hari lepas
Redmi K30 Bakal Hadir Dengan “Dual Frequency GPS”
- Berita2 hari lepas
Pengguna Celcom Dan TuneTalk Bakal Hadapi Gangguan Perkhidmatan
- Berita3 hari lepas
Pengguna Windows 10 1809 Kini Terpaksa Rela Menerima Kemas Kini Windows 10 1909 Dari Microsoft
- Trivia3 hari lepas
Magic UI Honor Akan Berwajah Baru, Keluar Dari Kepompong EMUI – Presiden APAC
- Tips Gajet2 hari lepas
Tips Untuk Memastikan Bateri iPhone Masih Dalam Keadaan Sihat
- Tips Gajet3 hari lepas
3 Tips Untuk Naikkan Jualan Dalam Shopee
- Berita2 hari lepas
Samsung Galaxy S11+ Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 5,000mAh
- Tips Gajet2 hari lepas
Cara Semak Berapa Kali iPhone Anda Sudah Dicas