Gajet Kecil Ini Menjadikan Telefon Pintar Anda Kamera Imej Thermal

Seek CompactPRO adalah sebuah peranti yang disambungkan ke telefon pintar anda dan mampu memaparkan imej thermal.

Kepada sesiapa yang minat terhadap struktur banggunan atau sambungan besi misalnya sudah pasti Seek CompactPRO adalah sejenis peranti yang anda perlu miliki. Ianya mempunyai berat lebih kurang 10 gram dan sangat mudah untuk di bawa kemana-mana.



Seek CompactPRO juga boleh disambungkan ke peranti Android atau iOS. Ia mempunyai aplikasi sendiri yang dapat memaparkan bacaan tenaga haba atau imej thermal dari -40 ke 625 F dari jarak 550 meter.



Dengan harga $499, kamera thermal ini sudah semestinya bukan gajet mainan. Ianya digunakan oleh profesional di dalam bidang pembinaan atau kejuruteraan yang lain.

CompactPRO mampu menyimpan gambar thermal di dalam format fail radiometric yang menghasilkan gambar 76,800 pixel, mampu digunakan untuk tujuan analisa disamping menyertakan maklumat haba dengan terperinci.

Jika dibandingkan dengan peranti imej thermal lain yang digunakan di dalam industri, Seek CompactPRO ini jauh lebih murah, lebih ringan dan kecil.

Sumber