G-Shock Edisi Terhad Kini Boleh Didapati Di Isetan Lot10

Casio kini telah membuka dua buah kaunter jam tangan yang bertempat di Isetan Japan Store, Lot10, beberapa minggu selepas melancarkan jam tangan siri G-Shock, Gulfmaster, Mudmaster, dan Gravitymaster.

Dua buah kaunter tersebut terletak di tingkat bawah dan tingkat satu pusat beli-belah tersebut. Terdapat pelbagai siri model jam tangan yang boleh didapati di kaunter tersebut seperti G-Shock, Baby-G, Protrek, Sheen, Edifice, dan Oceanus yang dijual dari RM334 sehingga ada yang mencecah RM27,000.

Lebih menarik adalah, anda boleh membeli jam tangan edisi terhad di kaunter Casio ini termasuk model siri MR-G dan MT-G. Antara model yang boleh didapati kaunter tersebut adalah, GAX-100X-4A 'The Milestones Timepiece', MRG-G1000HT 20th Anniversary Limited Edition Hammer Tone', MTG-G1000RG, dan juga MTG-G1000RB.

Menurut laman hardwarezone.com, siri MR-G sudah habis dijual pada hari ini (5/12/2016).

mrg-g1000ht-mr-g-20th-anniversary-watch Kapsyen: MRG-G1000HT 20th Anniversary Limited Edition Hammer Tone


Kapsyen: The MTG-G1000RG


Sumber: Hardwarezone Malaysia