Fungsi Whatsapp "Status" Sudah Hadir Di Malaysia

Pasti ramai yang tertanya-tanya kemaskini apakah yang dikeluarkan whatsapp hari ini, betul tak?

Ia merupakan penambahan sokongan 'status' kedalam aplikasi pemesejan segera tersebut.

Fungsi status dari Whatsapp ini mirip seperti 'Stories' yang diguna pakai pada platform media sosial lain seperti Snapchat, Instagram, dan Facebook.

Tidak dinafikan pengguna sekarang lebih gemar berkongsi kehidupan seharian mereka menerusi video serta gambar yang bergerak-gerak.'

Jika sebelum ini, pengguna Whatsapp hanya mampu membuat status seperti,

  • "At the gym",

  • “Hey there, I’m on Whatsapp”

  • "Do not disturb"


tetapi kini mereka mampu edit serta memuat naik status dalam bentuk:

  • gambar

  • video

  • gif


Kesemua status yang dimuat naik akan bertahan selaman 24 jam sebelum dipadamkan. Ya memang serupa dengan Instagram Stories dan Snapchat Stories.

Para pengguna tidak perlu khuatir, Whatsapp memberi jaminan status mereka selamat kerana di-enkripsi secara hujung-ke-hujung. Ini akan memastikan hanya rakan dalam senarai kenalan sahaja yang dapat melihat status anda.

Mark Zuckerbeg, pengasas Facebook yang memiliki Instagram, dan Whatsapp seakan-akan mahu 'berperang' dengan snapchat dalam menghasilkan fungsi perkongsian yang lebih kreatif, pantas dan mudah digunakan pengguna.

https://www.youtube.com/watch?v=pd2kre6IaQM