Fungsi VoLTE Akhirnya Ditawarkan Untuk Pengguna Maxis, Ini Senarai Telefon Yang Menyokongnya

Terkini, Maxis telah menawarkan fungsi VoLTE untuk pengguna di Malaysia bermula hari ini.

Untuk makluman, dengan VoLTE, ia membolehkan panggilan dibuat melalui rangkaian 4G LTE. Signifikannya, panggilan suara akan menjadi lebih jelas dan sambungan lebih pantas.

Kapsyen: VoLTE


Walau bagaimanapun, bukan kesemua telefon pintar menyokong VoLTE Maxis. Akan tetapi jumlah senarai telefon yang menyokongnya boleh dikatakan agak banyak berbanding sesetengah rangkaian lain yang hanya menyokong telefon iPhone sahaja.

Ini merupakan senarai 36 telefon pintar yang menyokong fungsi VoLTE untuk Maxis termasuklah dari jenama iPhone, Xiaomi, OPPO, ZTE, Huawei, Samsung dan juga vivo.

Kapsyen: 36 model telefon pintar yang disokong


Senarai ini belum lagi muktamad disebabkan Maxis akan menambah lebih banyak lagi model telefon pintar pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi VoLTE untuk Maxis, boleh ke pautan ini.

Rujukan: Maxis