Fungsi Video Chat Ditambah Pada Messenger Lite

Messenger Lite dibangunkan sebagai alternatif untuk pengguna yang mahukan aplikasi lebih "ringan" dan menjimatkan ruang.

Dilengkapi dengan kebanyakkan fungsi seperti aplikasi utama, versi Lite masih mempunyai kekurangan seperti contoh tiada sokongan video chat dan GIF.



Namun disebabkan komunikasi menggunakan video semakin mendapat tempat dihati pengguna, Facebook telah membawakan fungsi tersebut pada aplikasi Lite mereka. Walaupun ditambah dengan sokongan video chat, versi Lite masih mengekalkan saiz  yang "kecil" untuk dimuat turun.

Messenger Lite sesuai digunakan untuk pengguna yang mempunyai sambungan internet yang tidak begitu laju,  dan peranti model lama.