Fungsi 'Storage Saving' Bakal Diperkenalkan Samsung Untuk Model Bajet Dan Pertengahan

Sering kali kita membaca berita mengenai Samsung membangunkan fungsi dan ciri untuk telefon flagship mereka, supaya terus kekal bersaing dipasaran.

Ia kelihatan seperti syarikat itu menganak-tirikan telefon bajet dan pertengahan, tetapi kini gergasi dari Korea Selatan itu dilaporkan sedang berusaha membangunkan satu ciri untuk model-model berkenaan.

Ciri yang dimaksudkan adalah Storage Saving, ia membantu pengguna menguruskan storan dalaman telefon pintar masing-masing.

Apa yang ditawarkan Storage Saving?

Fungsi utama Storage Saving adalah

  • Keupaayaan memadam secara automatik foto serta video yang telah di-backup ke dalam Samsung Cloud.


Jadi tiada lagi masalah foto atau video yang bertindan.

Harapan Samsung adalah pengurusan sistem storan dapat diakses dengan lebih teratur serta mudah.

Walaupun telefon bajet dan pertengahan tidak menawarkan prestasi setanding dengan flagsip, Samsung menjangkakan dengan pengenalan fungsi ini dapat menarik minat para pembeli yang mementingkan sistem storan dalaman.

Sumber: SamMobile