Fungsi Pengimbas Cap Jari Di Atas Skrin Akan Diketengahkan Seawal Tahun Ini

Pembuat modul cap jari telah mendakwa bahawa mereka akan mengetengahkan ciri pengimbas cap jari pada skrin untuk pembuat telefon pintar secara global tahun ini, dengan peranti pertama dijadual muncul di pasaran pada tahun ini juga.

CrucialTec, pembuat modul cap jari tersebut dilaporkan datang dengan penyelesaian yang akan memberi lebih banyak fleksibiliti untuk pembuat telefon bimbit dengan melaksanakan pengimbas cap jari pada skrin dan bukannya butang rumah fizikal.

Satu laporan dari Korea Selatan mengatakan bahawa penyelesaian baru ini akan menawarkan lebih banyak ruang kreativiti kepada syarikat pembuat telefon pintar. "Pengimbas cap jari pada skrin, yang digelar Solution Display atau DFS, semakin mendapat maklum balas positif daripada pelanggan kami, terutama di China," kata seorang pegawai CrucialTec.

Modul baru ini dibina di bawah paparan telefon pintar, dan dikatakan terdiri daripada komponen telus seperti transistor filem nipis, dan penderiaan elektrod. Syarikat mereka juga menekankan bahawa modul yang dibina adalah cukup sensitif sehingga berupaya untuk mengesan sentuhan sehelai rambut, dan mampu mengeluarkan "cap jari resolusi tinggi pada 500 titik seinci."

CrucialTec sebenarnya bukanlah syarikat pertama yang datang dengan rekaan cap jari pada skrin, syarikat bernama Synaptics tahun lepas telah memperkenalkan pengimbas cap jari optik untuk telefon pintar dan tablet yang mampu mengimbas cap jari di seluruh permukaan skrin dengan resolusi tinggi.

Sumber