Fungsi Kumpulan Di Dalam Facebook Diberi Fungsi Baharu

Kumpulan atau 'group' di dalam laman sosial Facebook telah menjadi sesuatu yang mungkin Mark Zuckerberg sendiri tidak dapat jangkakan 13 tahun dahulu. Senarai kumpulan yang berada di dalam Facebook telah meliputi hampir ke semua perkara dari hobi hinggalah ke tempat orang berjual-beli.

Kumpulan menjadi tempat pertemuan orang ramai secara maya tanpa perlu bersusah payah ke suatu tempat fizikal. Pengelola kumpulan atau 'admins' diberi tugas untuk menyelia kumpulan masing-masing agar ahli kumpulan mematuhi peraturan yang digariskan.

Sering kali ahli kumpulan melanggar peraturan-peraturan di dalam kumpulan menyebabkan 'admin' terpaksa membuang kiriman atau membuang ahli tersebut dari kumpulan.

Untuk itu Facebook telah menambah fungsi terbaru dalam kumpulan dengan memberi 'admins' kuasa untuk melarang sementara ahli kumpulan dari membuat kiriman. Ahli terbabit tidak akan dapat membuat sebarang kiriman dan memberi komen buat semenatara waktu.

Facebook juga menambah lencana untuk pengelola kumpulan bagi membantu ahli kumpulan terbaru untuk mengenali pengelola kumpulan masing-masing.

Sumber