Fungsi Keselamatan Facebook Memerlukan Pengguna Memuat Naik Selfie Mereka

Mungkin selepas ini Facebook memerlukan anda memuat naik gambar anda untuk log masuk ke dalam akaun anda. Menurut Facebook, ini merupakan cara mereka bagi menangani masalah aktiviti akaun yang disyaki telah diceroboh.





Facebook berulang kali menyatakan komitmen mereka terhadap privasi data peribadi pengguna mereka dan telah disalahkan atas kejadian campur tangan penggodam Rusia dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang lepas

Untuk foto yang telah dimuat naik, pihak Facebook akan memprosesnya dan menentukan samada foto tersebut merupakan foto unik pengguna akaun tersebut. Jika ya, akaun tersebut dapat dibuka dalam masa 72 jam. Jika tidak berjaya, anda memerlukan gambar yang berbeza dari apa yang sudah ada di dalam akaun anda untuk menentukan kesahihan pengguna akaun tersebut.